Feeds:
Kiriman
Komentar

Keluarga: Portulacaceae (Keluarga Purslane)

Portulaca Grandiflora atau Moss rose (atau Sun Plant) dalam bahasa Melayunya Ros Jepun. Nama lain ialah bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh, rose moss, sun plant, japanese rose dan bunga gelang. Ia sejenis pokok jenis lembut yang beranting. Ia mempunyai daun berwarna hijau yang kecil. Ia boleh mencapai 6 in (15 cm) tinggi dan menjalar hingga sekaki (30.5 cm). Bunga yang berkembang seperti ros ini agak kecil dari bunga ros selebar seinci. Ia mempunyai warna yang cerah seperti pink, merah, kuning, putih, ungu dan oren. Yang istimewanya, ia berkembang pada waktu dhuha pagi dan menguncup sebelum asar. Paling cantiknya ialah pada pukul 10 pagi, dan oleh sebab itu ada yang mengelarnya bunga pukul sepuluh.

Asal
Walaupun berasal dari Brazil Selatan yang beriklim panas, Uruguay dan Argentina Utara, ros jepun telah ditanam di merata dunia sebagai bunya yang disukai ramai.

Keperluan:
Ros jepun boleh hidup subur di kawasan yang berpasir atau tanah yang lembap. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ia boleh dibiakkan melalui keratan batang.

Cahaya: Memerlukan cahaya matahari yang terang untuk menguntum.
Kelembapan: Memerlukan air yang banyak tetapi boleh juga hidup di kawasan yang agak kering.

Pink berlapis

Oren, ungu dan putih

Ungu

Cantikkan?…

It’s so beautiful, so refreshing. Thanks to Allah the Master Creator.

Ros 11

Ros 10

Ros 9

Ros 8

ros 7

Ros 6

Ros 5

ros 4

ros3

No 501

scan0031

RM550

No 861

No 862

RM990

No 862

No 861

RM990

No 621

No 621

RM670

No 751

No 751

RM800

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.